Mazlan Aliman Perlu Tahu Erti “Malu”

felda-teloi-300x225

 

TIDAK habis-habis cerita tentang Mazlan Aliman ini yang penulis dengar dari rakan-rakan di FELDA.

Satu demi satu kawasan FELDA ini menghalau Mazlan Aliman mahupun ANAK.

Pada 4 Februari lalu, Mazlan Aliman telah ditolak dan dimalukan di FELDA Tengi Hulu Selangor oleh lebih 200 orang penduduk FELDA berkenaan.

Sehari selepas itu, Mazlan Aliman melarikan diri ke FELDA Teloi Kanan.

Sekali lagi, Mazlan Aliman dan para penyokong serta ahli rombongannya dimalukan oleh lebih 200 orang penduduk FELDA Teloi Kanan.

Cerita berkenaan Mazlan Aliman yang dihalau di FELDA Teloi Kanan ini diceritakan sendiri sahabat penulis yang sememangnya berasal dari sana.

Malah mereka juga menceritakan betapa meluatnya warga FELDA terhadap Mazlan Aliman.

Daripada respon yang penulis dapat dari seorang peneroka asal FELDA, beliau menceritakan Mazlan Aliman kerap menghasut warga FELDA untuk membenci kerajaan melalui siri ceramahnya.

Malah siri ceramah Mazlan Aliman kebiasaannya membawa isu-isu yang lapuk dan basi seperti kes Anwar kena tangkap, kerajaan zalim dan pelbagai isu basi yang lain.

Sebahagian besar warga FELDA juga turut mempertikaikan motif kedatangan dan kemasukan Mazlan Aliman yang ‘terhegeh-hegeh’ untuk memasuki FELDA sekarang dan kenapa tidak dari dulu.

Malah sebahagian besar warga FELDA ini juga tidak pernah mempertikaikan kredebiliti FELDA dalam memartabatkan dan memperjuangkan nasib peneroka.

Mereka juga turut merasa ‘pelik’ dan ‘lucu’ bilamana orang luar pula yang ‘lebih sudu dari kuah’ dalam memperkatakan tentang nasib peneroka FELDA.

Pembangkang, ANAK dan Mazlan Aliman hanya dianggap sebagai orang luar yang hanya mengganggu produktiviti FELDA dan ‘perosak’ semata-mata.

Warga FELDA menaruh keyakinan yang tinggi terhadap FELDA dan Kerajaan Malaysia dalam meningkatkan taraf hidup mereka.

Apa yang penulis rasa agak pelik adalah, berapakah tebal kulit muka si Mazlan Aliman ini sehinggakan tidak tahu erti ‘malu’ apabila penduduk di satu demi satu kawasan FELDA ini menghalaunya dan rombongannya ?

Kalau beginilah gayanya, adalah lebih baik Mazlan Aliman lupakan sahaja FELDA kerana jelas warga FELDA telah meluat, menyampah dan menolaknya.

 

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.