Dari Penganggur Jadi Majikan – Siapakah Mazlan Aliman?

Felda-Hanya-1

Bermula dengan keringat dan tulang empat  kerat bertatihlah pasangan hidup yang bergelar peneroka dan penerokawati dalam satu harapan untuk membina masa hadapan.

Diawal pembukaan tanah-tanah rancangan FELDA kebanyakannya berasal dari keluarga petani dan nelayan dari kampung tempat asal masing-masing dalam kehidupan serba susah dan dibelenggu kemiskinan.

Melalui pembukaan tanah rancangan tersusun oleh FELDA bermula satu perjuangan.

Dengan tunjuk ajar dari semua tenaga kerja FELDA dan pengurus-pengurus tanah rancangan mereka dibekalkan 10 ekar tanah pertanian dan sebidang tanah beserta rumah.

Melalui perit getir yang bermula dari bertatih itu tadi maka mereka mula berjalan dengan pimpinan dan membina satu komuniti yang paling dikenali diseluruh negara iaitu warga Felda.

Namun setelah sekian lama disokong dan dibantu pada hari ini kehidupan semakin dikecapi hasil susah-payahnya.

Dasar ekonomi Baru atau DEB selepas tragedi berdarah 13 Mei secara tidak langsung membawa satu kesedaran baru kepada komuniti ini.

Namun dalam setandan pisang masih ada juga yang busuk, dalam kita menabur baja masih lagi ada yang menistakan segala kata dan tunjuk ajar.

Penat lelah dilupakan bila mereka mula boleh berjalan dengan baik, itulah sekelompok manusia yang dinaungi oleh seorang budak dari bukit ramun yang bernama Mazlan Aliman dengan pakatan ANAK nya yang haram.

Berdiri bongkak sombong menidakkan segala suapan yang bermula dari hasil 10 ekar dan tunjuk ajar oleh pegawai-pegawai FELDA.

Seperti anjing menggigit jari tuannya, dia terus menyalak dan terus membuat onar dan memecahbelahkan permuafakatan hidup yang begitu baik aturannya.

Namun FELDA tetap teguh dan masih berdiri megah dengan menaranya.

Terkenal seantero dunia dengan pengurusan ladang hampir 2 juta ekarnya dengan mencipta kehidupan kepada 112,ooo peneroka dan lebih sejuta warganya.

Siapa Mazlan Aliman untuk menidakkan semua ini ?

Dari mana puncanya dia menjadi demikian ?

Apakah kerana kecewa dan gagal dalam hidupnya menjadi penyebab ?

Mudah saja untuk dikategorikan manusia ini. Inilah manusia yang paling tidak bersyukur dan tidak mengenang budi.

Mungkin akan sanggup kencing berdiri dikubur bapanya sendiri !

Manusia bernama Mazlan Aliman dan pengikut-pengikutnya yang beberapa kerat ini adalah satu versi dajal kepada pembanguan Agama bangsa dan negara khususnya masyarakat FELDA dan generasi baharu FELDA.

Kepada generasi baharu yang dinaungi oleh ngo seperti MBFM, PERSADA dan Gaprof yang sentiasa mendokong dan mempertahankan FELDA teruskan nilai-nilai murni tersebut kerana andalah generasi pewaris tamadun moden FELDA ini.

 

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.