FGV Limpah Keuntungan RM550 Kepada Peneroka FELDA

 

Penyenaraian FGV di pasaran saham Bursa Malaysia pada 28 Jun 2012 lalu yang di anggap strategi bagi meningkatkan pendapatan peneroka FELDA terus limpahkan keuntungan buat pemegang sahamnya.

Penyenaraian bukan saja memberikan manfaat untuk masa jangka pendek, malah untuk tempoh yang lebih panjang.

Kali ini, Lembaga Pengarah FGVH telah meluluskan pembayaran dividen akhir sebanyak 8.5 sen sesaham yang akan dibayar pada tarikh yang akan diumumkan kelak.

Ia disebabkan, dividen akhir ini adalah tambahan kepada pembayaran dividen interim sebanyak 5.5 sen sesaham yang dibayar pada 22 Oktober 2012, menjadikan jumlah dividen untuk tahun 2012 sebanyak 14 sen sesaham.

Malah pembayaran dividen ini dijangka akan memanfaatkan kira-kira 180,000 pemegang saham termasuk 112,635 peneroka FELDA yang merupakan pemegang saham FGV.

Di samping itu, melalui Tabung Amanah Peneroka, semua peneroka di seluruh negara akan menerima kira-kira RM550 setiap orang, daripada dividen akhir atas 20% saham yang dipegang oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) berjumlah RM62.02 juta.

Menurut Presiden dan Ketua Eksekutif FELDA, Datuk Sabri Ahmad, ini adalah tambahan kepada RM40.13 juta daripada dividen interim 5.5 sen sesaham yang dibayar pada Oktober 2012, menjadikan jumlah disalurkan kepada Tabung Amanah Peneroka dalam tahun kewangan 2012 sebanyak RM102.15 juta.

Menurut rekod, keuntungan sebelum cukai FGVH merosot 39.3 peratus kepada RM 805.7 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 daripapa RM 1.126 bilion pada tempoh sama tahun sebelumnya.

Sabri memberitahu, pada 2011 keuntungan syarikat tersebut tidak termasuk liabiliti dalam Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) bernilai RM 210.2 juta yang timbul pada tahun kewangan 2012 berikutan perubahan model perniagaan FGVH.

“Jika tidak termasuk liabiliti LLA, keuntungan sebelum cukai FGVH 2012 adalah RM 1.34 juta,” katanya.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.