Najib Ucap Tahniah Kepada Pandelela, Mun Yee

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada penerjun negara Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee kerana memenangi pingat perak, di FINA United States Grand Prix di Fort Lauderdale, Sabtu lepas.

Perdana menteri dalam laman Twitternya berkata kejayaan kedua-dua penerjun itu merupakan kebanggaan wanita di Malaysia.

“Tahniah kepada @Pandelela_R & @AngelaLeong) kerana memenangi pingat perak untuk acara terjun di FINA US Grand Prix. Suatu kejayaan besar bagi wanita Malaysia kita,” kata Najib.

Kedua-dua atlet negara itu mencatat sejumlah 295.62 mata dalam perlawanan akhir acara terjun Berirama 10 Meter Platform itu.

Pasangan peserta China He Chao-Li Shixin memperoleh emas, sementara pingat gangsa dimenangi peserta Mexico Rommel Pacheco-Jahir Ocampo Marroquinn. – BERNAMA

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.