KEMAS FELDA Lui Muda Anjur Kelas Jahitan Termasuk Peringkat Diploma

 

BANDAR SRI JEMPOL – Orang ramai di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Lui, dipelawa mengikuti kelas jahitan anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) FELDA Lui Muda, dekat sini.

Pemaju Masyarakat  Tabika (KEMAS), Norahain Mahmud, berkata kelas jahitan melalui program Pendidikan kesejahteraan Keluarga (PKK) terbuka kepada sesiapa saja yang berminat, sama ada belia, ibu tunggal atau isteri peneroka.

Katanya, peserta kelas latihan yang mengikuti kelas itu selama enam bulan akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap satu.

20130704_154311

PROGRAM DIPLOMA

“Jika berminat, mereka boleh mengikuti program peringkat diploma selama tiga tahun di Institut Latihan KEMAS di Seri Iskandar dan Gopeng, Perak,” katanya ditemui selepas perasmian mesyuarat agung Tabika dan kelas aktiviti KEMAS FELDA Lui Muda.

Perasmian disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui, Mohd Razi Mohd Ali.

Norahain berkata, pusat latihan di Gopeng menyediakan latihan menjahit untuk lelaki, manakala Seri Iskandar untuk pelatih wanita.

Katanya, ketika ini 15 peserta mengikuti kelas jahitan anjuran KEMAS di sini dan mereka yang berjaya menamatkan latihan walaupun pada tahap satu SKM, mampu berdikari membuka perniagaan sendiri dengan pendapatan minimum RM3,000 sebulan. – BH

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.