Bapa Mertua Kesal Dengan Sikap & Pembohongan Asyraf Muslim

PETALING JAYA: Bapa mertua kepada pelakon dan pengamal perubatan Islam, Ashraf Muslim kecewa dengan tindakan pelakon itu yang membohongi ahli keluarga termasuk isterinya, Noor Dayana Lokman apabila bernikah kali kedua dengan bekas kru televisyen di Thailand pada 7 Julai lalu, tiga hari menjelang Ramadan.

Harian Metro melaporkan, Lokman Abdul Hamid, 54, yang juga pengasas Pusat Perubatan Islam al-Hidayah turut mempertikaikan tindakan Ashraf yang dianggap terburu-buru bernikah dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi tanpa menunggu keputusan mahkamah berhubung permohonan kebenaran poligami yang difailkan pada 9 April lalu.

“Kami sebenarnya kesal kerana dia tidak maklumkan pada kami termasuk isterinya sendiri. Kalau mahkamah beri keizinan berpoligami, kami reda dan terima keputusan. “Ini belum lagi mahkamah buat keputusan, dia telah bernikah di Thailand,” ujar Hj Lokman.

Tambah Lokman, dia juga tidak dapat menerima alasan menantunya berkahwin lagi disebabkan belum dikurniakan anak.

Lebih mengecewakan, apabila Ashraf tidak memaklumkan kepada Dayana bahawa tujuannya ke Thailand adalah untuk bernikah.

Mengulas mengenai penerimaan Dayana, Lokman berkata anaknya tidak rela untuk dimadukan dan dia tidak tahu apa tindakan Dayana selepas ini dan tidak masuk campur.

“Daripada mula pun anak saya tidak rela atau redha. Apa yang dikata seperti dalam surat khabar yang anak saya redha, itu pun bukan dari anak saya. Itu satu penipuan yang besar,” katanya.

Menurutnya, Asyraf mula mengenali Wan Sakinah ketika wanita itu bekerja di sebuah stesen televisyen dan ketika itu Ashraf masih bertunang dengan Dayana.

Bercerita rentetan kes itu, Lokman memberitahu pada mulanya Dayana memohon mahkamah menangguhkan kes itu kerana dia tidak mempunyai peguam.

Justeru mahkamah menetapkan tarikh semalam untuk mendengar permohonan itu bagaimanapun sebaliknya yang terjadi. – mStar Online

 

[jwplayer mediaid=”5070”]

One thought on “Bapa Mertua Kesal Dengan Sikap & Pembohongan Asyraf Muslim

  • August 13, 2013 at 2:44 pm
    Permalink

    Setelah baca artikel ni… baru saya mula faham isu ni… terima kasih admin… semoga dapat terus pos idea2 yg menarik..

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.