Umat Islam Dilarang Nikahi Pengikut Ajaran Syiah – Mufti Perlis

 

KUCHING – Umat Islam di negara ini tidak boleh memilih pasangan hidup atau bernikah dengan pengikut ajaran Syiah.

Bercakap dalam sidang akhbar di sini hari ini, Mufti Perlis, Datuk Dr. Juanda Jaya berkata, larangan tersebut bagi mengelakkan berlaku konflik dalam perkahwinan sekiranya pasangan tersebut bercerai.

Katanya, langkah itu juga bertujuan menjaga keharmonian akidah umat Islam di negara ini yang mengamalkan fahaman Sunah Wal Jamaah daripada terpesong atau terpengaruh dengan ajaran Syiah. – UTUSAN

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.