Program Usahawan Realiti FELDA Di KJKF 2013 Platform Untuk Anak FELDA Ceburi Keusahawanan

 

Seiring dengan moto Pertubuhan Usahawan Generasi FELDA Malaysia (PUGFM) iaitu Pemangkin Usahawan Ke Arah Global, PUGFM bakal melahirkan usahawan terbaik melalui “Program Usahawan Realiti FELDA” (PURF) sempena Karnival Jom Ke FELDA 2013 (KJKF 2013).

Sepertimana yang pernah disiarkan didalam FeldaVoice sebelum ini, KJKF 2013 akan berlangsung sebanyak 5 siri di 5 Wilayah FELDA seperti berikut :

1- FELDA Palong 6, Serting, Negeri Sembilan (30 Ogos – 1 Sept 2013)

2- FELDA Papan Timur, Kota Tinggi, Johor (27 – 29 Sept 2013)

3- FELDA Besout 2, Trolak, Perak (25 – 27 Oktober 2013)

4- FELDA Gugusan Bera, Pahang (29 Nov – 1 Dis 2013)

5- FELDA Gugusan Chini, Pahang (27 – 29 Dis 2013)

pugfm

PURF mensasarkan untuk melahirkan seorang usahawan muda baru dan seorang usahawan generasi FELDA dari kalangan warga Gugusan FELDA melalui program Realiti Televisyen yang akan dijalankan di tapak KJKF 2013.

Usahawan bertuah yang terpilih tersebut akan diprogramkan sehingga berjaya memasarkan dan menjual produk mereka sendiri hingga ke peringkat global.

Pihak pengendali program akan memilih 20 usahawan iaitu 10 dari kategori usahawan baru dan 10 lagi dari kategori usahawan sedia ada dari Gugusan FELDA berkenaan.

20 usahawan yang terpilih ini akan diberikan kursus dan latihan intensif selama 2 hari oleh PUGFM Consultancy, 7 hari sebelum KJKF di kawasan tersebut berlangsung.

Semua usahawan yang terpilih akan bertanding dalam “Program Usahawan Realiti Felda” (PURF) di tapak KJKF 2013.

Pemilihan pemenang pula akan ditentukan melalui undian teks pesanan ringkas (SMS) dan juri profesional.

2 pemenang (juara dari setiap 1 kategori) PURF akan bertanding di Pusingan Khas Akhir setelah KJKF 2013 siri 5 tamat pada Disember 2013.

Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori usahawan iaitu Usahawan Muda Baru dan juga Usahawan Generasi FELDA (sedia ada).

Usahawan Muda Baru hendaklah berusia antara 18 hingga 30 tahun dan bakal usahawan ini akan menjadi agen kepada penaja untuk memasarkan dan menjual produk atau perkhidmatan yang akan dibekalkan oleh penaja.

Manakala bagi kategori Usahawan Generasi FELDA hendaklah berusia 31 tahun keatas serta mempunyai produk atau perkhidmatan sendiri untuk dipasarkan.

Pencarian usahawan melalui PURF adalah berteraskan konsep 5M iaitu; memilih (usahawan dipilih oleh Jabatan Usahawan Felda), melatih (PUGFM dan FELDA akan melatih usahawan dipilih), menggilap (usahawan akan menambah ilmu perniagaan mereka), mempromosi (usahawan akan mempromosi produk mereka) dan memasarkan (usahawan akan memasarkan dan menjual produk mereka).

Berikut senarai pihak yang akan terlibat dan terbabit secara langsung dalam pencarian usahawan melalui rancangan PURF di tapak KJKF 2013;

1- PUGFM : Menyediakan tapak di Karnival Jom Ke FELDA

2- PUGFM Consultant : Melatih Usahawan dan melantik Juri Pertandingan

3- Jabatan Usahawan FELDA : Memilih dan melatih Usahawan

4- Usahawan : Mengikuti Program sehingga tamat

5- Penaja : Membekalkan Produk atau Perkhidmatan

6- FELDA : Menyediakan tajaan / pembiayaan / geran bagi pemenang

7- Bank : Menyediakan tajaan / pembiayaan / pinjaman bagi pemenang

8- MATRADE : Membawa Usahawan pemenang berniaga di pameran antarabangsa

9- Syarikat Telekomunikasi : Tajaan dan menguruskan sistem pengundian SMS

10- Stesen Televisyen : Membuat liputan, merakam dan menyiarkan program

Justeru itu, warga FELDA terutama generasi baharu hendaklah merebut peluang ini bagi melakar sebuah lagi kejayaan untuk menjadi usahawan yang berjaya hingga ke pringkat global.

 

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

2 thoughts on “Program Usahawan Realiti FELDA Di KJKF 2013 Platform Untuk Anak FELDA Ceburi Keusahawanan

  • October 7, 2013 at 11:36 pm
    Permalink

    Saya merupakan bekas pegawai tentera dan anak peneroka di Felda Pancing Timur Kuantan kini telah menceburkan diri dalam perniagaan pakaian wanita khususnya hijab sejak setahun yang lalu. Saya menjalankan perniagaan skaf wanita jenama D’Haja bertaraf stokis negeri Pahang. Dalam usaha mempelbagaikan dan meluaskan pasaran perniagaan, saya turut menghasilkan skaf wanita dan pakaian jenama sendiri iaitu Cahaya Kay. Saya berhasrat memasarkan produk saya ke peringkat yang lebih tinggi di samping mencari pekerja mahir yang dapat merealisasikan hasrat saya. Cabaran yang saya hadapi adalah kekanganmodal dan mendapatkan pekerja yang benar2 mahir. Mohon bantuan dan nasihat. Saya sedia dihubungi melalui email atau talian telefon 019 354 8659. Terima kasih atas bantuan pihak tuan.

    Reply
  • January 9, 2014 at 4:17 pm
    Permalink

    good program. wish to join in the future

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.