Kenali 5 Anak FELDA Berbakat Terbabit Hasilkan “Psiko, Pencuri Hati”

 

AKHIRNYA, filem yang sentiasa menjadi buah mulut penggemar filem tempatan sehingga menjadi trending dilaman media sosial, telah pun berada di layar sejak 5 September yang lalu dan pasti ramai yang telahpun menontonnya.

Sebelum ini FeldaVoice telah menyiarkan artikel yang mendedahkan nama 4 orang anak FELDA yang terbabit didalam pembikinan filem ini bersama sinopsis filem. [RUJUKAN]

Sebenarnya, bukan 4 tetapi terdapat 5 orang anak FELDA yang berbakat dan berpengalaman dalam menghasilkan filem ini.

FeldaVoice meminta maaf kepada pembaca kerana terlepas pandang akan penglibatan Halil Husairi sebagai anak FELDA yang turut sama terbabit dalam penghasilan karya terbaik ini.

Jom kita kenali kelima-lima anak FELDA yang berbakat ini.

psiko3

Penerbit Eksekutif

Khairul Anuar Latif merupakan Penerbit Eksekutif untuk filem Psiko, Pencuri Hati dan beliau adalah anak jati FELDA Bukit Rokan Utara, Gemencheh, Negeri Sembilan.

Khairul Anuar, 44 tahun mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Agama Ampangan, Seremban.

Memulakan kerjaya sebagai krew teknikal di Barney Production pada tahun 1989 didalam produksi pengiklanan.

Beliau turut melibatkan diri dalam penerbitan program TV dengan beratus program termasuk drama, majalah, game show, dokumentari dan juga program kanak-kanak.

Antara program TV yang popular pernah beliau terlibat adalah Kisah Benar, Bicara Hati, Kembar Kecoh, Geng Bas Sekolah, Kapten Boleh!, Noktah Dendam dan lain-lain.

Selain sebagai penerbit, beliau juga seorang pengarah TV.

Antara program TV terbaik yang pernah diarahkannya adalah Jejak Warisan (Dokumentari), Troli Monopoli (Game Show), Gadoh-Gadoh Sayang (Series- co-production Malaysia Singapore), Asriah (Telemovie) dan Noktah Dendam (Co-Production Malaysia – Indonesia)

Antara filem yang beliau pernah memegang tanggungjawab sebagai Penerbit Eksekutif adalah, Litar Kasih (1996), Sini Ada Hantu (2010), Psiko Pencuri Hati (2013) dan Terkini Rentap yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan (2014).

Penulis Skrip Dan Lakonlayar

Fared Jamaludin atau lebih dikenali dengan nama jolokan Ayam Fared merupakan Penulis Skrip dan Lakonlayar bagi filem Psiko, Pencuri Hati.

Fared yang berasal dari FELDA Nita 1, Mersing, Johor mendapat pendidikan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Johor dan kemudiannya menyambung pengajian di Akademi Laut Malaysia (ALAM) dalam jurusan Kejuruteraan Marin.

Lari dari bidang pengajiannya kerana minatnya yang mendalam kepada seni teater dan kini beliau aktif dalam mengarahkan beberapa teater di Kuala Lumpur serta bergiat aktif bersama Rumah Anak Teater.

Antara filem yang beliau terlibat adalah Songlap, Rentap dan Psiko Pencuri Hati.

Penyunting Filem

Noorhafiz Bin Mohamad Noor, 26, dengan nama komersial Hafeez Mohd Noor berasal dari FELDA Keratong 5, Bandar Tun Abd Razak, Pahang.

Mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Keratong 4 & 5, Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah, seterusnya melanjutkan pengajian untuk Diploma Digital Video di Universiti Lim Kok Wing dibawah Program Generasi Baharu FELDA.

Beliau merupakan antara pelajar kumpulan yang pertama dibawah Program Pengajian ini di Universiti Lim Kok Wing.

Minat yang mendalam dalam bidang perfileman membawa beliau terus bekerja dengan The Attic Post Sdn Bhd sejurus selepas tamat pengajian di Lim Kok Wing pada tahun 2008.

Kerjayanya bermula dengan menyunting beberapa drama tv, realiti tv, dokumentari dan akhirnya penolong penyunting bagi filem Phua Chu Kang The Movie dan Hantu Gangster, kini diberi kepercayaan oleh penerbit dan pengarah untuk menyunting sepenuhnya filem Psiko, Pencuri Hati

Pengarah Seni

Hasnor bin Musa dari FELDA Hutan Percha, Alor Gajah, Melaka, lebih mesra dengan panggilan Ray Hasnor merupakan Pengarah Seni bagi filem Psiko Pencuri Hati.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Felda Hutan Percha dan Sekolah Menengah Seri Pengkalan, Alor Gajah, kemudiannya menyambung pengajian ke Stamford College.

Beliau merupakan graduan dari Ampang Kuliah Multi Utama, Jakarta Indonesia.

Antara pengalaman beliau dalam insudtri perfileman adalah Laila Isabella, KL Menjerit 1, Lang Buana, Buli, Gila-gila Pengantin Remaja, Pontianak Harum Sundal Gangster, Evolusi KL Drift, Syaitan, Gerimis Mengundang, Gangster dan Psiko Pencuri Hati.

Prop Master

Halil Husairi Keliwon berasal dari FELDA Lok Heng Timur, Kota Tinggi merupakan Prop Master bagi menghasilkan filem Psiko Pencuri Hati.

Beliau adalah graduan Universiti Lim Kok Wing (2008) dalam Diploma Broadcasting Radio & TV.

Halil merupakan graduan kumpulan pertama dibawah Program Generasi Baru FELDA.

Antara filem yang bernah beliau terlibat adalah Libas, Nur Kasih The Movie, Pontianak VS Orang Minyak, Juvana dan Psiko Pencuri Hati.

 

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.