Perodua Rancang Perkenal Enjin Aluminum Pada Model Selepas Ini

PETALING JAYA – Perodua merancang memperkenalkan enjin aluminium pada modelnya selepas ini untuk dilancarkan pada suku ketiga tahun hadapan.

Presiden dan ketua pegawai eksekutif Datuk Aminar Rashid Salleh berkata enjin itu akan dikeluarkan di kilang RM1.3 bilion yang dijangka siap pada suku ketiga tahun depan.

“Kami akan menukar enjin daripada besi tuangan kepada aluminium untuk meningkatkan lagi enjin pembakaran dalaman,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan “Revive Your Drive” di sini Khamis.

Aminar Rashid berkata selain memberikan penggunaan bahan api yang lebih cekap, pertukaran kepada enjin aluminium akan mengurangkan kos pembuatan, sejajar dengan sasaran syarikat untuk mengurangkan kos antara 20 peratus dan 30 peratus menjelang 2015.

“Untuk menjadi kompetitif, kami menyasarkan untuk mengurangkan kos antara 20 dan 30 peratus dan penukaran enjin adalah antara komponennya (untuk mengurangkan kos),” kata beliau.

Mengenai jualan, Aminar Rashid berkata syarikat itu menjual hampir 130,000 kereta daripada Januari hingga Ogos, hingga 3.5 peratus, berbanding tempoh yang sama tahun lepas, kebanyakannya disumbangkan oleh jualan kenderaan pelbagai fungsi Midi.

“Kami berjaya menjual 8,000-9,000 unit Midi sebulan. Permintaan untuk Midi terus kukuh,” katanya.

Sementara itu, bagi pertandingan “Revive Your Drive”, 24 pemenang dipilih daripada 15,000 penyertaan sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-20 syarikat itu. – BERNAMA

 

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.