Afiqa Adnin Dan Nuraini Annisa Juara Pertandingan Mewarna KJKF 2013 Siri Ketiga

 

TROLAK – Sepertimana Karnival Jom Ke FELDA (KJKF) 2013 siri pertama dan kedua, pertandingan mewarna kanak-kanak turut diadakan di siri ketiga di FELDA Besout 2.

Pertandingan mewarna ini telah diadakan dalam 2 kategori iaitu kategori bawah 7 tahun dan kategori 7-12 tahun.

Afiqa Adnin telah berjaya muncul sebagai juara pertandingan mewarna bagi kategori bawah 7 tahun.

Tempat kedua dimenangi oleh Mizatun Nawarah Mohd Fauzi diikuti oleh Azfar Aiman Bin Shamsuddin ditempat ketiga.

Ashifa Iman Binti Razilin pula berjaya mendapat tempat keempat dan ditempat kelima dimenangi oleh Daim Darius Bin Ahmad Fitri.

Juara pertandingan mewarna bagi kategori 7-12 tahun pula dimenangi oleh Nuraini Annisa Binti Mohd Najib.

Aina Nadhirah Binti Zaidi berjaya mendapat tempat kedua dan ditempat ketiga pula dimenangi oleh Nurul Nasuha Binti Mohd Ali.

Ditempat keempat pula dimenangi oleh Nurul Afida Binti Echam dan Rabiatul Husna Binti Piee hanya berjaya menempatkan diri di tempat kelima.

Gambar-gambar akan dimuatkan didalam Galeri Gambar.

 

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.