Zain, Rozita Sahkan Bernikah Pada 11 Disember

SHAH ALAM: Pasangan pelakon Zain Saidin, 29 dan Rozita Che Wan mengesahkan akan bernikah pada 11 Disember depan iaitu pada Rabu di Gazebo Setia City Convention Centre, di sini, selepas solat maghrib.

Manakala, majlis persandingan akan diadakan pada 13 Disember di Grand Ballroom, Setia City Convention Centre, pada pukul 8 malam.

Sementara itu, bagi majlis berinai akan diadakan di Ngah Mahligai, dekat sini pada 10 Disember, pukul 8 malam.

Rozita, 40, akan turut menerima wang hantaran sebanyak RM23,200 dan mas kahwin bernilai RM9,300. – mStar Online

 

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.