Jelajah Srikandi – Konvoi Bermotosikal Wanita Bakal Jelajahi 3 Negeri Di Selatan Tanahair

 

KUALA LUMPUR – Program Konvoi Bermotosikal Jelajah Srikandi merupakan acara tahunan anjuran Majlis Daerah Jempol, Negeri Sembilan, dibawah kendalian Jawatankuasa Kerja Pembangunan Sosial Local Agenda 21 (LA21) dalam memartabatkan kempen “Respek Wanita” dalam pembangunan modal insan bahawa Wanita Boleh.

Jelajah Srikandi yang telah memasuki tahun ketiga ini akan diadakan selama 2 hari bermula 30hb November 2013 sehingga 1 hb Disember 2013.

Seramai 50 orang penunggang motosikal, kesemuanya wanita akan berkonvoi ke 3 buah negeri iaitu Negeri Sembilan, Johor dan Melaka serta turut diiringi oleh 12 Pegawai Trafik wanita.

Menurut Rozaidah Shahbudin, Ketua Konvoi Jelajah Srikandi 2013, program ini menekankan pembentukan mental dan sahsiah diri yang positif di kalangan wanita, khasnya beliawanis yang terlibat.

“Ia merupakan salah satu aspek yang penting dalam pembangunan modal insan. Justeru itu melalui program ini, peserta akan melalui cabaran-cabaran yang memerlukan ketabahan mental dan fizikal,” katanya.

“Selain itu, melalui program ini peserta-peserta akan diberi pendedahan tentang peraturan yang perlu dipatuhi ketika berkonvoi serta kaedah menunggang yang betul,” tambah beliau.

Pelancaran pelepasan Konvoi akan dilakukan sendiri oleh Yang DiPertua Majlis Daerah Jempol iaitu YBhg Tuan Wan Razali Wan Awang di Padang Majlis Daerah Bahau, Negeri Sembilan pada 30hb November 2013, jam 9 pagi.

Manakala penutupan dan penyerahan sijil kepada peserta pula akan dilakukan oleh Pengerusi FELDA Malaysia merangkap Ahli Parlimen Jempol, YB Tan Sri Haji Mohd Isa Dato’ Hj Abd Samad, pada petang 1hb Disember 2013.

Suatu kelainan yang amat menarik dalam Jelajah Srikandi pada tahun ini adalah Pengiring Konvoi juga terdiri daripada 12 orang anggota Trafik Wanita Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Jelajah Srikandi 2013 bakal melakar sejarah Konvoi pertama di Malaysia yang disertai semua peserta wanita.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Ketua Konvoi Jelajah Srikandi 2013 di talian 019-200 0402

jelajah srikandi 2013

 

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.