2 Lelaki Bertopeng, Bersenjata M-16 Larikan Wang di Tanah Merah

Tanah Merah: Dua penjenayah bertopeng dengan seorang daripadanya bersenjatakan rifal M-16 melakukan rompakan di sebuah kedai runcit di bandar ini dengan hanya melarikan RM300 saja, malam tadi.

Penjenayah berkenaan dikatakan melepaskan tembakan di dalam kedai itu kira-kira 8.15 malam tapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Bagaimanapun seorang daripada penjenayah berkenaan ditahan polis kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian. – Berita Harian

 

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.