Aliran Trafik Di Ibu Kota Lancar Tatkala KL Buat Persiapan Sambut Tahun Baharu

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di ibu kota setakat 9 pagi ini lancar tatkala persiapan sedang dilakukan untuk sambutan tahun baharu tengah malam ini disebalik dakwaan protes jalanan dirancang untuk menggulingkan kerajaan.

Ketua Polis Trafik Kuala lumpur ACP Rosli Mohd Noor berkata keadaan adalah normal di Dataran Merdeka yang dijangka dibanjiri ribuan orang malam ini untuk menyambut kedatangan tahun 2014.

Tinjauan Bernama mendapati beberapa anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang mengawasi persiapan untuk sambutan ambang Tahun Baharu di dataran itu. Sebahagian Jalan Raja Laut menghala ke Dataran Merdeka ditutup bagi memudahkan urusan persiapan tersebut.

Tinjauan Bernama mendapati keadaan di Bukit Bintang, Masjid Jamek dan Masjid India juga normal.

Di tempat lain di sekitar ibu kota, orang ramai menjalankan kerja masing-masing seperti biasa. – BERNAMA

 

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.