#GULING: Himpunan Agenda Rakyat Atau Agenda Kristianisasi?

 

IANYA bukanlah sesuatu yang melucukan, tetapi agak menyedihkan dan menyayat hati yang memandang.

Seolahnya, telah menjadi suatu budaya didalam setiap siri himpunan yang dianjurkan oleh pembangkang pula bilamana peserta-peserta himpunan mereka menggunakan lilin dan berlagak seolah dalam pemujaan atau berdoa sepertimana yang dilakukan oleh penganut agama Kristian.

Himpunan yang terbaru adalah himpunan haram pada malam ini, malam ambang tahun baru 2014 berslogankan “Turun” dan “Guling Kerajaan”.

Isunya disini bukanlah slogan yang digunakan walaupun slogan tersebut dilihat agak tidak relevan dan sedikit melucukan.

Tetapi, isunya disini adalah aksi dan lagak yang meniru pemujaan dan doa agama lain.

candle light

Penulis cukup yakin bahawa terdapat penganut agama Kristian atau bukan Islam yang sedang memegang lilin untuk upacara “doa” yang diselitkan didalam perhimpunan ini (cuba untuk bersangka baik).

Namun begitu, penulis juga cukup yakin terdapat kalangan anak muda yang beragama Islam didalam kelompok ini.

Sebelum ini, perlakuan ini juga pernah wujud didalam siri perhimpunan haram yang didalangi pembangkang.

Ini bukan sekadar omongan kosong, lihatlah bukti dibawah;

lilin1

lilin2

lilin3

Ini bukanlah satu budaya biasa bagi kita, orang Melayu, malah ini bukan juga satu ajaran didalam agama Islam yang termaktub didalam kitab suci Al-Quran.

Sebelum ini juga, para ilmuwan agama dan juga ulama’ pernah menyuarakan perihal ini dan penulis yakin dengan teguran yang diberikan perkara sebegini tidak akan berulang lagi.

Namun, hakikatnya, masih ada yang leka terbuai dengan budaya dan amalan barat dan agama lain yang dipandang oleh sebilangan anak muda kalangan penyokong pembangkang sebagai satu “trend” dan “cool”.

Mungkin di hari pembalasan nanti baru mereka akan tahu apa makna “trend” dan “cool” ini dihadapan Allah SWT.

Doa penulis buat mereka-mereka ini, semoga mereka insaf dan bertaubat segera, moga diberikan hidayah oleh Nya.

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.