MBFM Chiku 1 Dan Seranta FELDA Kelantan Anjur Pertandingan Bolasepak 7 Sebelah Tertutup

 

MAJLIS Belia FELDA Malaysia (MBFM) Chiku 1 dan Seranta FELDA Kelantan baru-baru ini telah menganjurkan Pertandingan Bolasepak 7 Sebelah Tertutup.

Pertandingan yang diadakan berjaya menarik minat 8 buah pasukan untuk menyertainya.

Pertandingan bolasepak 7 sebelah (tertutup) ini telah diadakan di padang awam FELDA Chiku 1 dan perasmian penutupnya telah disempurnakan oleh Pengerusi MBFM Wilayah Gua Musang, Mohd Norfazly Daud.

Dalam pertandingan yang diadakan, Johan menerima hadiah berbentuk wang tunai sebanyak RM300, Naib Johan pula menerima hadiah wang tunai sebanyak RM200, tempat Ketiga pula mendapat hadiah wang tunai RM150 dan tempat Keempat membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50.

IMG-20140222-WA0053

IMG-20140222-WA0054

IMG-20140222-WA0055

IMG-20140222-WA0056

Wartawan: Nizar Hisham

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.