‘Konsert Live To Love’ Afgan Buai Perasaan Penonton

KUALA LUMPUR: Penyanyi popular Indonesia, Afgan berjaya memukau penonton dengan persembahan bertenaga dalam Konsert Afgan Live to Love yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, pada Jumaat.

Afgan membuka tirai persembahan dengan mendendangkan lagu Katakan Tidak dan Love Punk kira-kira pukul 9.15 malam.

Kemudian diikuti dengan lagu Pesan Cinta membuatkan penonton seakan histeria dan menyanyi bersama-bersama.

Biarpun kali pertama membuat konsert di negara ini, Afgan tidak mengecewakan penonton dengan kelunakan suaranya yang membuai perasaan.

Sebanyak 16 buah lagu disampaikan dalam konsert hampir dua jam itu, antaranya ialahSabarSadisDia Dia Dia, EntahTerima Kasih CintaBukan Cinta Biasa dan Jodoh Pasti Bertemu.

Dalam pada itu, Afgan sempat berinteraksi dengan penonton menyatakan tentang perasaannya pertama kali berada di pentas berprestij Istana Budaya ini.

“Ini merupakan konsert pertama saya di Malaysia dan saya mengucapkan terima kasih buat peminat-peminat saya yang sanggup datang termasuklah dari Singapura dan Brunei.

“Saya duduk di Malaysia selama dua tahun kerana belajar di Universiti Monash dan banyak mendengar muzik di negara ini serta menginspirasi beberap orang artis di negara ini,” katanya.

Afgan turut menyampaikan lagu-lagu penyanyi tempatan yang digemarinya seperti Kantoinyanyian Zee Avi, Lelaki Ini ( Anuar Zain), Bukan Cinta Biasa (Datuk Siti Nurhaliza), danSinaran (Datuk Shila Majid).

Dalam pada itu, Afgan turut menzahir rasa simpati terhadap insiden MH370 dan meminta penonton menitipkan doa kepada keluarga mangsa-mangsa yang terlibat dalam insiden tersebut.

Dia kemudian menyampaikan lagu ketuhanan berjudul Padamu Ku Bersujud.

Afgan seterusnya mengegarkan pentas Istana Budaya dengan mengajak semua penonton berdiri dan menyanyi bersama lagu Because I’m Happy dan Treasure.

Afgan menutup persembahan kira-kira pukul 10.50 malam dengan lagu terakhirnyaPanah Asmara. – mStar Online

 

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.