22 Bas Penyokong Felda United Dari Seluruh Terengganu Ke Shah Alam

IMG-20140607-WA0009

SHAH ALAM – Sebanyak 22 buah bas yang membawa penyokong Felda United dari seluruh Terengganu telah dan akan tiba di Shah Alam bagi memberikan sokongan kepada ‘The Fighters’ yang bakal bertemu Pahang bagi Final Piala FA jam 8 malam ini di Stadium Shah Alam.

Menurut Pengerusi Majlis Belia Felda (MBFM) Negeri Terengganu merangkap Setiausaha Agung Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Mohd Fauzi Mat Adam, dari Parlimen Kemaman sahaja sebanyak 7 buah bas yang membawa penyokong ‘The Fighters’ telah tiba di Shah Alam jam 5.30 petang tadi.

IMG-20140607-WA0010

Foto: Gambar sebahagian penyokong dari Felda Cerul, Kemaman, Fauzi berbaju huruf ‘L’.

 

Menurut Fauzi, kos bagi sebuah bas membawa penyokong Felda United atau kini dikenali sebagai ‘The Fighters’, lebih kurang RM3,500 hingga RM4,000 termasuk tiket.

“Semuanya adalah inisiatif bersama MBFM dan pengurusan Felda dan peserta dikenakan sedikit yuran komitmen antara RM10 hingga RM30,” ujar Fauzi.

“Kami banyak menerima sumbangan dari YB Parlimen, YB ADUN, Felda, Seranta dan orang perseorangan bagi mengurangkan kos. Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua penaja dan penyumbang,” kata Fauzi kepada FeldaVoice.

Fauzi juga turut memberikan ucapan dan kata-kata semangat kepada para pemain Felda United bagi mewakili ahli-ahli MBFM Negeri Terengganu.

“Kepada pemain Felda United, The Fighters; terima kasih kerana sudi hadir dan berkorban masa serta segalanya. Semoga Final ini menjadi titik tolak kepada kecemerlangan kelab kita di masa-masa akan datang. Kami semua warga Felda Terengganu, kagum dengan semangat mebara dan kental The Fighters. Harap kita mampu lakar sejarah dan juarai Piala FA,” ujar Fauzi mengakhiri komennya.

IMG-20140607-WA0005

Foto: Ahli-ahli MBFM Calok, Setiu, sebelum bergerak ke Shah Alam.

 

 

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.