Hishammuddin Puji Sumbangan Berharga Anggota Malbatt

MARAKAH (Lubnan) – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melahirkan penghargaaan di atas keberanian dan pengorbanan anggota Batalion Malaysia (Malbatt) 850-1 dengan berkata mereka sedang menyumbang kepada usaha keamanan di dunia yang semakin dipenuhi rasa benci, keganasan dan tekanan.

Menteri Pertahanan itu berkata peranan mereka dalam misi pengaman di selatan Lubnan di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (Unifil) mendapat makum balas cemerlang daripada pihak-pihak berkenaan.

Beliau berkata keadilan, kejujuran, disiplin dan profesionalisme dilihat sebagai sumbangan yang memihak kepada pasukan pengaman Malaysia selain kebolehan mereka untuk berinteraksi dengan masyarakat setempat secara berperikemanusiaan.

“Hanya Tuhan yang mengetahui betapa bangganya saya dengan anda semua,” katanya pada majlis berbuka puasa yang diadakan sempena lawatan beliau ke Kem Marakah yang turut menjadi ibu pejabat Malbatt 850-1, di sini pada Selasa.

Beliau melahirkan sentimen yang sama dalam sidang akhbar terdahulu bersama media Malaysia yang membuat liputan lawatan beliau ke selatan Lubnan. – BERNAMA

 

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.