Kenderaan Dijangka Bertambah Menjelang 2 Petang Ini – Jurucakap Plus

KUALA LUMPUR – Jumlah kenderaan yang bergerak ke ibu kota selepas empat hari sambutan Hari Raya Aidilfitri dijangka meningkat pada kira-kira pukul 2 petang ini.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressway berkata peningkatan kenderaan dijangka berlaku di semua arah namun pada ketika ini hanya terdapat dua kawasan mencatatkan pertambahan jumlah kenderaan sejak awal pagi.

Katanya dua kawasan itu ialah dari arah Bukit Gantang menghala ke Kuala Kangsar, Perak dan dari arah Nilai ke Seremban.

“Kami menjangkakan kenderaan meningkat selepas solat Jumaat,” katanya ketika dihubungi Bernama Jumaat.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik di Bangunan Sultan Iskandar dari Malaysia ke Singapura bergerak perlahan sejak pagi.

Maklumat terkini trafik boleh didapati menerusi talian bebas tol PLUSline 1800-88-0000 atau laman sesawang www.twitter.com/plustrafik dan hotline Lembaga Lebuhraya Malaysia 1800-88-7752 atau www.twitter.com/LLMinfotrafik. – BERNAMA

 

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.