#MH17: Hishammuddin Ajak Warga Felda Berdiri Teguh Bersama Pemimpin Negara Hadapi Ujian

IMG-20140725-WA0060

MENTERI Pertahanan, Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussin, mengajak warga FELDA dan warga Parlimen Sembrong untuk terus berdiri teguh di belakang kepimpinan negara, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak dalam menghadapi ujian demi ujian melanda negara.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tragedi MH17 di Ukraine dalam keadaan negara masih belum menyelesaikan kemelut tragedi MH370.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sembrong berkata demikian di hadapan kira-kira 1,000 orang yang hadir dalam Program Ihya Rahmat Ramadhan Parlimen Sembrong di Felda Ulu Penggeli, Kluang.

Dalam program tersebut, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf Parlimen tersebut dan turut menyampaikan replika cek sebagai simbolik duit raya sumbangan Felda kepada wakil-wakil peneroka di 6 tanah rancangan Felda iaitu; Ulu Penggeli; Ulu Dengar; Bukit Tongkat; Kahang Timur; Kahang Barat dan Ulu Belitong dengan jumlah keseluruhannya berjumlah RM650,412.

IMG-20140725-WA0058

IMG-20140725-WA0059

IMG-20140725-WA0061

IMG-20140725-WA0062

IMG-20140725-WA0063

IMG-20140725-WA0064

IMG-20140725-WA0065

 

Wartawan: Nizar Hisham

 

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.