Felda Dapat Semula Wang Caruman RM1.8 Juta

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini mengesahkan Felda boleh mendapat semula wang caruman mencecah RM1.8 juta yang telah diserahkan kepada 121 peneroka Felda Kemahang 1 dan 2 di bawah tabung tanam semula (TTS) yang diurus oleh agensi itu.

Perkara itu berikutan keputusan sebulat suara panel lima hakim diketuai oleh Tan Sri Suriyadi Halim Omar yang menolak permohonan peneroka peneroka itu bagi mendapat kebenaran merayu.

Beliau yang bersidang bersama Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Hasan Lah, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ramly Ali turut memerintahkan mereka membayar kos RM10,000.

Permohonan kebenaran merayu itu dikemukakan oleh Mohd. Noor Abdullah serta 96 peneroka Felda Kemahang 1 dan Ramli Abdul Rahman serta 25 peneroka Felda Kemahang 2, Tanah Merah, Kelantan.

Mereka tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada 4 April lalu yang memutuskan Felda boleh mendapat semula wang caruman tersebut selepas membenarkan rayuan agensi berkenaan. – UTUSAN ONLINE

 

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.