PAS Digesa Mohon Maaf Kepada Institusi Sami Buddha

TUMPAT: PAS digesa memohon maaf kepada masyarakat Siam kerana mengedar poster gambar ketua sami dan sami-sami Siam bersama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakobdalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Anggota Dewan Negara mewakili masyarakat Siam Senator Datuk Boon Som Inong berkata seluruh masyarakat Siam terutama di Kelantan kesal dengan tindakan parti itu kerana ia seolah-olah mengheret institusi sami Siam Buddha dalam menjayakan kempen PAS di DUN berkenaan.

“Institusi Sami merupakan institusi bersikap neutral yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik.

“Kami kesal dan mengecam tindakan yang dilakukan PAS dan menganggap parti itu tidak sensitif terhadap institusi dan agama kami.

“Ia merupakan perbuatan untuk mencabuli institusi dan agama Buddha,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Katanya, masyarakat Siam juga mahu PAS menarik balik poster berkenaan. – MSTAR ONLINE

 

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.