Bergaduh Isu Lembu Korban, Sarip Dol Naik Minyak

Permaisuri: Perselisihan faham penjualan lembu korban, seorang lelaki dikenali sebagai Sarip Dol gagal mengawal marahnya apabila merempuh dua rakannya dengan kereta sehingga menyebabkan seorang daripada mereka maut dalam kejadian di tepi jalan di Kampung Jelapang, di sini, kelmarin.

Selain menyebabkan Rohadi Yaacob, 44, dari Kampung Bukit Loyat, Chalok, terbunuh, kejadian kira-kira jam 6 petang itu turut menyebabkan Zakaria Taib, 43, dari Kampung Jelapang, di sini, cedera parah dan masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, sebelum kejadian, Rohadi bertengkar dengan suspek berusia 40 tahun di sebuah kedai kopi berhampiran jambatan di pekan Jelapang yang dipercayai berpunca daripada perselisihan faham penjualan lembu.

Katanya, dua rakan Rohadi, termasuk Zakaria yang dimaklumkan kejadian itu bergegas ke tempat kejadian bagi meleraikan pergaduhan.

“Sebaik tiba di kedai kopi itu, mangsa dan suspek masih bertengkar sebelum dua rakan mangsa mengajaknya pulang kerana bimbang kejadian lebih buruk. – HARIAN METRO

 

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.