Kilang Plastik Di Nilai Musnah Dalam Kebakaran Awal Pagi

NILAI – Sebuah kilang memproses barangan plastik di kawasan Perindustrian Kecil dan Sederhana Nilai, Taman Semarak musnah dalam kebakaran awal pagi Rabu.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Mohd Zain Mustaffa berkata pihaknya yang menerima laporan pada pukul 2.39 pagi sempat mengawal kebakaran daripada merebak ke kilang lain.

Beliau berkata punca kebakaran masih disiasat dengan jumlah kerugian dianggarkan kira-kira RM200,000. – BERNAMA

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.