JDT Tumpas Ditangan Felda United Dalam Separuh Akhir Piala Malaysia

KUALA LUMPUR – Skuad FELDA United FC menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) 4-3 dalam satu saingan menarik perlawanan separuh akhir pertama, Piala Malaysia di Stadium Selayang, malam Isnin.

Tuan rumah merakamkan kemenangan tipis dengan gol daripada Edward Junior Wilson pada minit ketujuh, Syamim Yahya (m-42) dan dua daripada Makeche Ndumba pada minit ke-60,92.

JDT bangkit lebih bertenaga pada babak kedua untuk merapatkan jurang dengan tiga gol daripada Jorge Pereyra Diaz pada minit ke-51 dan 90 serta Luciano Figueroa, minit ke-80.

Perlawanan ini juga menyaksikan satu rekod layangan kad kuning iaitu keseluruhan 10 termasuk satu kad merah ke atas pemain FELDA, Nasriq Baharom pada minit ke-53. – mStar

 

 

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.