Pengerusi FELDA Antara 10 Penerima Anugerah Permata Dunia Islam 2014

KUALA LUMPUR – Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad merupakan antara 10 penerima Anugerah Permata Dunia Islam (The Jewel Of Muslim World Award) semalam, dalam Majlis Penyampaian Anugerah sempena 5th OIC World BIZ 2014.

Anugerah tersebut diberikan kepada usahawan-usahawan Islam bagi menghargai peranan mereka dalam mengembangkan pasaran Islam yang muncul sebagai sasaran global baru bagi syarikat antarabangsa.

Selain Tan Sri Isa, turut menerima Anugerah yang sama adalah penyanyi terkenal negara yang juga Pengasas rangkaian produk Simplysiti, Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Dato’ Sri Abdul Azeez Abdul Rahim serta 7 yang lain.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pameran 5th OIC World BIZ 2014 berlangsung di PWTC bermula 10hb November sehingga 14hb November.

Zon Pameran merupakan platform yang ideal untuk usahawan, korporat dan pelabur dari seluruh dunia untuk meneroka peluang-peluang perdagangan dengan lebih dari 500 peserta industri yang mengambil bahagian

Pameran ini dijangka bakal menerima kunjungan dari hampir 80,000 para usahawan dan orang awam.

Dianggarkan 35 buah negara yang mengambil bahagian serta mendedahkan para peserta kepada pelbagai peluang perdagangan dengan pertubuhan-pertubuhan dari seluruh dunia.

Ini merupakan satu platform yang sangat baik bagi pembekal, pemborong, pengedar dan pengeluar untuk memenuhi kehendak pasaran Islam secara global.

jewel1

jewel3

 

 

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.