Harga Petrol RON97 Turun 20 Sen Seliter

KUALA LUMPUR – Harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara turun 20 sen seliter kepada RM2.55 seliter daripada RM2.75 seliter berkuat kuasa 12 tengah malam, Selasa.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan mengesahkan perkara itu di laman Twitternya pada Selasa malam.

“RON97 turun 20 sen seliter daripada RM2.75 kepada RM2.55 mulai tengah malam ini, 19 Nov,” katanya.

Beliau turut menyertakan paparan salinan surat daripada Kementerian Kewangan kepada Petronas Dagangan Berhad berhubung penurunan harga bahan api itu dalam laman Twitternya.

Harga runcit RON97 ditentukan oleh ‘apungan terurus’, dan harga akan berubah mengikut kuasa pasaran. -BERNAMA

 

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.