Lanun Tembak & Rompak Kelasi Kapal Tangki di Pulau Aur

KUALA LUMPUR: Sekumpulan lelaki bersenjata menembak seorang kelasi Vietnam dan merompak 16 kelasi sebuah kapal tangki di perairan Pulau Aur, selatan Johor pada Ahad.

Lelaki yang cedera ditembak di kepala itu kemudian diterbangkan ke hospital di Singapura dan meninggal dunia di sana.

Serangan lanun itu berlaku pada pukul 5.30 pagi semasa kapal yang membawa muatan asfalt dalam pelayaran dari Singapura ke Vietnam.

Ketua Pusat Laporan Kegiatan Melanun Biro Maritim Antarabangsa yang berpangkalan di sini Noel Choong berkata pihak berkuasa Singapura menghantar helikopter dan membawa kelasi yang cedera parah itu ke hospital.

Beliau menasihatkan kapal-kapal supaya mengambil langkah-langkah tegas dan memantau kegiatan melanun terutama pada sebelah malam dan melaporkan sebarang serangan kepada pusat itu di Kuala Lumpur untuk berhubung dengan pihak berkuasa tempatan dan serantau bagi mendapatkan bantuan segera. – MSTAR ONLINE

 

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.