Pencen Dibayar Rabu Ini Sempena Krismas

PUTRAJAYA: Pembayaran pencen bagi pesara kerajaan akan dibuat awal iaitu pada Rabu ini (17 Disember), sempena perayaan Hari Krismas pada 25 Disember.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, pesara yang menerima menerima waran pencen bertarikh 18 Disember hingga 31 Disember boleh menunaikan waran mereka mulai 17 Disember.

Bagi penerima pencen yang dibayar melalui bank boleh menuntut pembayaran pencen di bank yang terlibat mulai 17 Disember, katanya. – MSTAR ONLINE

 

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.