FGV Hulur RM250,000 Untuk Banjir Dalam Konvoi Misi Kemanusiaan

KUALA LUMPUR – Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), syarikat peneraju agro-bisnes antarabangsa di Malaysia dan pengeluar minyak sawit mentah, menghulurkan sumbangan RM250,000 bagi membantu mangsa banjir di Pantai Timur.

Sumbangan disalurkan melalui Konvoi Misi Bantuan Kemanusiaan FGV dan sumbangan terus kepada pejabat Menteri Besar Terengganu.

“Konvoi Misi Bantuan Kemanusiaan FGV menghantar 20 tan makanan dan 19 tan air minuman ke kawasan Felda yang dilanda banjir dengan bantuan 65 sukarelawan kakitangan FGV bagi membantu lebih 2,000 warga Felda yang terjejas.

“Daripada jumlah keseluruhan sumbangan, RM44,000 barangan keperluan harian diserahkan kepada kerajaan negeri Terengganu yang diagihkan oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman secara berperingkat,” kata FGV dalam kenyataan di sini hari ini.

Kawasan yang menerima bantuan ialah Pejabat Wilayah Gua Musang, Pejabat Wilayah Lipis, Pejabat Wilayah Muadzam, Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak, Kilang Sawit Tementi, Ladang Terapai 01, Kampung Awah dan Jengka 21. – BERNAMA

 

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.