Saya Bertanggungjawab Felda Kalah – Irfan Bakti

SAYA bertanggungjawab segala-galanya atas kekalahan Felda United di tangan Selangor pada malam ini (kelmarin).”

Itu pengakuan yang terbit daripada mulut pengendali The Fighters, Irfan Bakti Abu Salim selepas pasukannya tersingkir di pusingan kedua Piala FA di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Pada aksi itu, Felda selesa mendahului 2-0, tetapi kebangkitan mendadak Merah Kuning mengikat kedudukan sebelum permainan diheret ke penentuan sepakan penalti dan pelawat menang 4-2.

“Sudah tentu kecewa dengan keputusan malam ini (kelmarin) tapi saya tetap berpuas hati persembahan pemain. Kami sepatutnya membunuh mereka dengan 3-0 atau 3-1 tapi keputusan berpihak kepada Selangor untuk menang sepakan penalti.

“Kini, saya mahu tumpu saingan Liga Super kerana masih ada 19 perlawanan harus disudahkan,” katanya.

Selepas ini, Felda akan berdepan kelab negara jiran, Lions XII di Selayang Sabtu ini.

Kegembiraan pemain Fighters tidak lama apabila Selangor bangkit ikat kedudukan dan akhirnya tewas menerusi penentuan penalti. – SINAR HARIAN

 

KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.