Wanita Koma Selepas Insiden Diculik Suami Disahkan Meninggal Dunia

ALOR SETAR: Wanita yang digilis sebuah kenderaan selepas cuba menyelamatkan diri dengan terjun daripada kereta ketika cubaan culik oleh bekas suaminya di Bukit Pinang Jaya, disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan, berkata wanita itu, Rosniza Fadzil, 30, disahkan meninggal pada jam 4.06 petang tadi selepas empat hari berada dalam keadaan koma di hospital terbabit.

Sehubungan itu, beliau berkata, polis menyiasat kes terbabit mengikut seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh.

Jumaat lalu, bekas suami wanita terbabit ditahan polis di rumahnya di sekitar Baling selepas disyaki cuba melarikan wanita itu. – BERITA HARIAN

 

KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.