Minuman Kordial Habbatus-Sauda Yang Pertama Didunia Keluaran Anak FELDA

Alif Zafa Enterprise merupakan sebuah syarikat Bumiputra yang memberi fokus kepada pengeluaran produk minuman Kordial Habbatus-Sauda pertama di dunia.

Perusahaan ini telah dijalankan oleh Mohd Fais Zainal, anak peneroka FELDA Raja Alias 3.

alif zafa

Minuman Kordial Habbatus-Sauda keluaran Alif Zafa Enterprise ini bukan sahaja lazat malah mempunyai khasiat yang tidak ternilai sejak sebelum masihi yang tersembunyi di dalam habbatus-sauda seperti yang pernah dinyatakan oleh tokoh terkenal seperti Ibnu Sina.

Kordial Habbatus-Sauda ini boleh dinikmati setiap masa tanpa rasa jemu oleh semua lapisan umur dan masyarakat.

Alif Zafa Enterprise telah mengeluarkan produk yang berkualiti tinggi dan mampu dibeli oleh semua agar dapat membantu melahirkan rakyat Malaysia yang cergas dan sihat.

kordial habbatus sauda

Menurut pengasas Alif Zafa Enterprise, matlamat utama syarikat adalah untuk menjadi salah sebuah syarikat Bumiputra yang berjaya dan disokong oleh rangkaian pengedaran produk secara efektif ke seluruh Malaysia.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan kordial ini atau berminat untuk menjadi pengedar boleh menghubungi talian 013-660 9607 untuk penerangan lanjut.

 

 

KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.