Formula 1 Petronas: ‘Taxi Ride’ Bersama Nico Roseberg Dan Jazeman Jaafar

KUALA LUMPUR – Para media Malaysia yang bertuah hari ini bersama pemenang-pemenang pertandingan PETRONAS telah diberikan peluang sekali seumur hidup ‘Taxi Ride’ iaitu menaiki kenderaan Mercedes AMG GLA45 yang dipandu oleh pelumba Mercedes AMG PETRONAS Formula One (F1), Nico Rosberg dan pelumba PETRONAS Talent Development, Jazeman Jaafar di Parkir Bertingkat KLCC @ Binjai.

‘Taxi Ride’ dihoskan oleh PETRONAS sempena F1 PETRONAS Malaysian Grand Prix 2015 pada hujung minggu hadapan.

Program hari ini turut dihadiri oleh Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin, Ketua Pegawai Operasi, Naib Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Hiliran PETRONAS; Liz Kamaruddin, Pengurus Besar Kanan, Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS dan Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus, MD dan CEO PETRONAS Dagangan Berhad.

Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin with Nico Rosberg during the Taxi Ride

“Ini merupakan acara yang menyeronokkan dan istimewa bagi saya. Bukan selalu kita dapat memandu dengan pantas dan laju di atas bumbung tempat letak kereta ini,” kata Nico Roseberg.

“Saya cuba untuk memandu selaju yang saya boleh dan pada masa yang sama saya turut memastikan ia seronok dan selamat untuk para peserta di dalam kereta. Saya harap mereka seronok dengan pengalaman ini sepertimana saya,” tambah Nico lagi.

Seramai 12 orang pelanggan PETRONAS yang bertuah dan 6 orang ahli Media Malaysia berpeluang melalui pengalaman yang mendebarkan dan menyeronokkan bersama pemandu MERCEDES AMG PETRONAS F1.

Acara seterusnya akan berlangsung di Concourse, Suria KLCC pada Rabu, 25hb March 2015 jam 5.30 petang iaitu sesi ‘Bertemu Peminat’ bersama Lewis Hamilton dan Nico Rosberg.

Taxi ride with Nico Rosberg at KLCC Multi-Level Parking@Binjai

 

KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.