Kompleks Mini Stadium FELDA United FC Hampir Siap

MARAN – Kompleks Mini Stadium FELDA United FC di Jengka, Pahang kini hampir siap dibina oleh kontraktor dilantik iaitu Konsortium Warisan Jengka Holdings (M) Sdn Bhd dan Johawaki Sdn Bhd.

Pembinaan Kompleks Mini Stadium FELDA United FC ini memulakan pembinaannya pada 1hb April 2013, menelan belanja lebih RM87 juta.

Projek ini dijangka siap pada penghujung bulan ini jika tiada sebarang masalah.

20150113_181504

Pada Januari lalu, Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad telah melawat tapak projek Kompleks Mini Stadium FELDA United FC ini bersama Pemangku Pengarah Besar FELDA, Dato’ Hanapi Suhada dan Pengarah Pembangunan Komuniti FELDA, Anuar Malek.

Mereka turut mendengar taklimat perkembangan projek yang pada ketika itu telah 80% siap.

20150113_181739

Beberapa isu timbul sepanjang projek ini dibina seperti lot meletak kenderaan yang dalam perbincangan dengan pihak Majlis Daerah Maran.

Selain itu perubahan rekabentuk bumbung yang belum menerima kelulusan sehingga pertengahan Januari dan juga perubahan hardstanding padang.

Apabila projek Kompleks Stadium Mini FELDA United FC ini siap, ianya akan dilengkapi dengan 20,000 kapasiti tempat duduk dan padang rumput tiruan dengan taraf ‘2 star’ pertama di Malaysia.

Kompleks Stadium Mini FELDA United FC ini berkonsep moden dan memenuhi kriteria guna ruang dan keperluan FIFA dan FAM.

stadium felda

 

 

 

KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.