Telefon Pintar Buat Kanak-kanak Sakit Mental?

MENURUT psikoterapi kanak-kanak, Julie Lynn Evans, jumlah kanak-kanak yang mengalami tekanan perasaan dan anorexic meningkat, dan ianya pasti berkaitan dengan komputer, telefon pintar dan dunia maya (Internet).

“Sesuatu yang jelas sedang berlaku,” kata Evans dipetik Telegraph.uk.

“Saya nampak bukti yang sama dalam sejumlah kes melibatkan tekanan perasaan dan anorexic pesakit saya.”

“Saya rasa, kehadiran telefon pintar dan jalur lebar (broadband) mengubah keadaan dan drama dalam penyakit mental (melibatkan) kanak-kanak,” tambahnya.

Evans dengan jelas menyalahkan perbuatan memberikan telefon pintar kepada kanak-kanak.

“Pada tahun 90-an, saya cuma hadapi satu atau dua kes membunuh diri melibatkan remaja, tapi kini saya dapat empat kes setiap satu bulan,” jelasnya.

Selain itu, kes buli di alam maya juga terlalu banyak dan bukan sesuatu yang baru, dan pengurusan sekolah perlu berusaha untuk menangani masalah berkenaan. – SINAR HARIAN

 

KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.