Gadis Maut Kereta Langgar Tiang Telefon

 

SANDAKAN: Seorang gadis maut selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar tiang telefon di Jalan Leila dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Zabidi Mohd Zain, berkata dalam kejadian 1.45 pagi itu, mangsa Jucelindah Robert, 20, dari Kampung Kuala Sapi Beluran mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Katanya, ketika kejadian mangsa memandu keretanya dari arah Bandar Leila menghala Bandar Sandakan.

“Apabila tiba di tempat kejadian, kereta berkenaan terbabas ke bahu kiri jalan dan melanggar sebatang tiang telefon lalu berpusing dan terbalik,” katanya ketika dihubungi.

Zabidi berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk dibedah siasat.

Katanya, punca kejadian masih dalam siasatan dan saksi diminta tampil membuat laporan bagi membantu siasatan. – BERITA HARIAN

 

KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.