Isa Samad Rasmi Kejohanan Pentaque Piala Tan Sri Di Selanchar 2

ROMPIN – Bertempat di Selanchar 2, Pengerusi Felda merasmikan Kejohanan Pentaque Piala Tan Sri bersama-sama dengan penduduk Felda.

Turut hadir adalah Pengarah Besar Felda, Datuk Hanapi Suhada dan EXCO Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Razali.

Pentaque adalah satu sukan yang menggunakan ‘boule’ atau bola yang diperbuat daripada logam dan dimainkan mengikut peratura-peraturan tertentu.

Bola akan dibaling mengikut cara-caranya untuk menghampiri sasaran yang berupa sebiji bola kayu berukuran bola guli bagi mendapatkan mata permainan.

Mata penamat bagi permainan ialah sebanyak 13 mata.

Sukan pentauqe ini boleh dimainkan antara tiga pemain lawan, dua pemain lawan dan satu pemain lawan satu pemain.

Mengikut sejarah, perkataan pentaque adalah kacukan daripada perkataan Perancis, “Pieds Tanques” yang bermaksud kedua-dua kaki terikat yang menggambarkan keadaan seseorang bermain pentaque tidak boleh mengangkat kaki semasa melakukan balingan.

 

KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.