China Tutup Laluan Pendakian Everest Sebelah Tibet

KATHMANDU: Pihak berkuasa China menutup semua laluan mendaki Gunung Everest di sebelah Tibet untuk sepanjang musim luruh ini.

Bagaimanapun, beberapa pendaki di Nepal mengumumkan rancangan mereka untuk kembali semula ke gunung tertinggi dunia itu, tindakan yang dikritik oleh komuniti pendaki antarabangsa.

Tidak pendaki yang mendaki dari sebelah utara cedera dalam kejadian gempa bumi kuat Sabtu lalu.

Namun, penunjuk arah Adrian Ballinger berkata, pihak berkuasa China sudah mengeluarkan arahan untuk menutup musim pendaki ketika ini.

Ballinger berkata, dua alasan yang diberikan ialah demi keselamatan kemungkinan berulang lagi kejadian gempa serta keputusan yang dibuat dengan Nepal dan anggota Sherpa.

Pihak berkuasa China melaporkan, 25 kematian di Tibet akibat gempa kuat berkenaan. – AFP

KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.