Kompleks Mini Stadium FELDA United FC Bakal Beroperasi Oktober Ini

MARAN – Kompleks Mini Stadium FELDA United FC di Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Pahang yang dijadualkan siap pada March lalu dijangka akan siap selewat-lewatnya September dan akan mula beroperasi pada Oktober tahun ini.

Pembinaan Kompleks Mini Stadium FELDA United FC ini telah bermula pada 1hb April 2013 yang menelan belanja RM87.9 juta, pada awalnya dijadualkan siap pada penghujung March lalu.

Bagaimanapun, terdapat beberapa isu timbul yang perlu diselesaikan yang menjadi punca kelewatan untuk menyiapkan Mini Stadium ini.

Antara isu yang perlu diselesaikan adalah isu lot meletak kenderaan, perubahan rekabentuk bumbung dan juga perubahan hardstanding padang.

Pengerusi FELDA yang juga Penaung FELDA United, Tan Sri Hj Mohd Isa Dato’ Hj Abdul Samad, minggu lalu turut menyatakan bahawa pembinaan Kompleks Mini Stadium FELDA United FC ini berjalan lancar dan kini berada di fasa terakhir pembinaannya.

FELDA akan mendapatkan pandangan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum menggunakan stadium berkenaan untuk sebarang perlawanan.

Pembinaan stadium ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika merasmikan sambutan Hari Peneroka di Bandar Tun Abdul Razak di Jengka pada Julai 2011.

Pasukan Felda United yang kini sedang beraksi dalam Liga Super tidak mempunyai stadium khusus sebagai gelanggang sendiri.

FELDA United berkongsi Stadium Majlis Perbandaran Selayang dengan pasukan Sime Darby.

Kompleks Mini Stadium FELDA United FC dijangka siap sepenuhnya selewat-lewatnya September tahun ini dan bakal beroperasi pada Oktober 2015.

Apabila Kompleks Mini Stadium FELDA United FC ini siap, ianya akan dilengkapi dengan 20,000 kapasiti tempat duduk dan padang rumput tiruan dengan taraf ‘2 star’ pertama di Malaysia.

Kompleks Mini Stadium FELDA United FC ini berkonsep moden dan memenuhi kriteria guna ruang dan keperluan FIFA dan FAM.

stadium felda
Foto terkini projek Kompleks Mini Stadium FELDA United FC di Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Pahang.

 

KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.