MBFM Pahang Hasrat Jadikan Eksplorasi Berakit Aktiviti Tahunan Belia Peringkat Antarabangsa

PEKAN – Selepas berjaya dalam Program Eksplorasi Berakit Sungai Pahang, Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) Negeri Pahang berhasrat untuk menjadikan program ini sebagai aktiviti tahunan dan mengangkat kelasnya ke peringkat belia antarabangsa.

Menurut Timbalan Presiden MBFM Kebangsaan merangkap Pengerusi MBFM Negeri Pahang, Mohd Syumaimi Rameli berkata Eksplorasi Berakit ini dibuat sepanjang Sungai Pahang dari Kampung Baru Salong ke Bandar Pekan dan tidak dibuat dalam kawasan FELDA sahaja kerana ingin membawa anak-anak FELDA dari seluruh negeri Pahang untuk menikmati keindahan alam semulajadi sepanjang berakit di Sungai Pahang.

Selain itu, program ini dapat meningkatkan jati diri semua peserta yang menyertai Eksplorasi Berakit ini dan dapat menjalin persahabatan dengan masyarakat luar serta meningkatkan kerjasama sesama mereka dan msyarakat luar FELDA.

“MBFM Negeri Pahang berhasrat untuk menjadikan Eksplorasi Berakit Sungai Pahang ini sebagai aktiviti tahunan MBF Pahang dan terdapat juga cadangan sahabat-sahabat MBF Pahang untuk membuka penyertaan kepada peserta-peserta belia luar negara supaya program ini dapat diangkat ke persada antarabangsa,” jelasnya berkaitan Eksplorasi Berakit Sungai Pahang.

Syumaimi juga turut menyampaikan ucapan terima kasihnya kepada ADUN Chini merangkap Exco Kerajaan Negeri yang menjaga hal ehwal FELDA, Dato’ Abu Bakar Harun, yang telah terlibat secara langsung dari proses perancangan hingga perlaksanaan program dengan jayanya.

Beliau juga turut menyampaikan ucapan terima kasih bagi pihak MBFM Pahang kepada pihak-pihak berkuasa tempatan yang telah memberikan kerjasama penuh dan menjayakan program ini dan juga kepada kumpulan InFiesta yang dibawakan oleh Jabatan Penerangan Malaysia yang terlibat selama tiga hari dalam program selingan sempena Eksplorasi Berakit.

Akhir sekali, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua krew yang terlibat dan para peserta yang telah sama-sama menjayakan program ini.

Program Eksplorasi Berakit MBF Negeri Pahang menghilir Sungai Pahang telah dijalankan selama tiga hari pada 29hb sehingga 31hb Mei 2015 dan berakhir dengan jayanya.

rakit

 

KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.