GWGF Funrace Motocross Sg Dusun 2015 Pertanding 6 Kategori

KUALA KUBU BARU – GWGF Funrace Motocross Sg Dusun 2015 yang berlangsung bermula hari ini dalam cuaca baik telah disertai oleh penunggang handalan FELDA seluruh negara yang menyaksikan 6 kategori dipertandingkan.

Program anjuran Gabungan Wawasan Generasi FELDA ini mempertandingkan 6 kategori perlumbaan iaitu Motocross Open, Motocross Veteren (40 tahun), Endurance Motocross Open, Cubcross Open dan STP – Cub Standard yang dikhaskan penyertaan kepada anak FELDA sahaja.

Program hari ini telah bermula awal pagi dengan pendaftaran peserta, latihan bebas dan taklimat sebelum perlumbaan pertama bermula.

Perlumbaan pertama bagi semua kategori bermula jam 2.30 petang tadi dan berakhir sekitar jam 6 petang di Litar Motocross Sg Dusun, FELDA Soeharto. Perlumbaan kedua akan berlangsung esok bermula jam 9.30 pagi.

Turut hadir hari ini memberikan sokongan dan memantau persiapan untuk majlis penutup adalah Pengarah Seranta FELDA, Jabatan Perdana Menteri, Tn Hj Mohamad Khairudin Mohamad.

Selain perlumbaan motocross, antara aktiviti menarik yang disediakan untuk para pengunjung adalah pameran GWGF dan pasukan JERNIH, pameran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pameran Storm Rider Junior Racing Team (SRJ), pameran Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan gerai-gerai jualan.

Perasmian penutup dan penyampaian hadiah yang akan berlangsung jam 2 petang esok akan disempurnakan oleh Presiden GWGF, Tan Sri Rozali Ismail.

Orang ramai yang berdekatan dan berkelapangan adalah dijemput untuk memeriahkan perlumbaan hari terakhir dan majlis penutup, esok.

gwgf5

gwgf1

gwgf2

gwgf3

gwgf4

gwgf6

gwgf7

gwgf8

 

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.