22 Ditahan Reman Berhubung Perhimpunan Haram Di Ibu Negara

KUALA LUMPUR – Seramai 21 daripada 30 peserta perhimpunan yang ditahan dalam perhimpunan haram yang dianjurkan beberapa kumpulan di ibu negara semalam, direman sehingga esok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata seorang lagi direman sehingga Selasa atas kesalahan memiliki mercun.

loaf

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata mahkamah menolak permohonan reman untuk lapan individu lain.

Perhimpunan haram yang diadakan di hadapan sebuah kompleks beli-belah di ibu negara bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berundur itu gagal mendapat sambutan setelah ia hanya dihadiri kurang 100 peserta berbaju hitam.

Menurut polis, penahanan 30 individu itu sebelum ini dibuat mengikut Seksyen 143, Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan sama, polis menahan reman dua individu berhubung sidang media bagi mengadakan perhimpunan haram itu yang diadakan pada Khamis lalu bagi membantu siasatan. – BERNAMA

sogo

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.