763 Peneroka Di Bera Terima Suratan Hak Milik

BERA – Seramai 763 orang peneroka dari FELDA Rentam, FELDA Mengkuang, FELDA Tembangau 1 dan FELDA Tembangau 2 menerima Suratan Hak Milik hari ini.

Majlis Penyampaian Suratan Hak Milik tersebut telah disempurnakan dan disampaikan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob bertempat di Kompleks Rakan Muda Bera.

“Setakat ini seramai 846 peneroka telah menerima suratan hak milik, iaitu 179 peneroka di Felda Krau 1, 359 peneroka di Felda Lepar Hilir 2 dan 308 peneroka di Felda Keratong 10,” ujar Adnan kepada pemberita.

“Jumlah itu menjadikan jumlah besar peneroka di Pahang yang telah menerima suratan hak milik selepas menyelesaikan bayaran kembali tanah mereka, kepada 36,875 peneroka atau 85.5 peratus daripada 43,124 peneroka.”

Dalam perkembangan politik semasa, Adnan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang mengulas bahawa UMNO Pahang tidak menghalang mana-mana bahagian UMNO untuk menjemput Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk merasmikan persidangan perwakilan mereka.

bera1

bera2

bera3

bera5

bera6

bera7

bera8

bera9

bera10Foto oleh: Azril Ramli dan Nizar Hisyam

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.