FELDA Sedia Kekang TRW

KUALA LUMPUR – Tiada laluan mudah untuk Kelantan meneruskan rentak kemenangan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menentang FELDA United malam ini.

Sedar dengan kebangkitan dipamerkan The Red Warriors (TRW), penjaga gol The Fighters Mohd Farizal Harun menjanjikan saingan sengit untuk anak buah Zahasmi Ismail.

“Saya akui kami perlu lebih berwaspada berdasarkan prestasi semasa Kelantan namun saya ingin tekankan kami turut mahukan kemenangan di laman sendiri.

“Kami tidak boleh terlalu banyak tercicir mata dan ketinggalan daripada pasukan di atas ketika saingan menghampiri penghujung,” katanya.

fufc

FELDA United kini menghuni kedudukan keenam dengan 25 mata dan kekalahan kepada LionsXII beberapa hari lalu memburukkan situasi anak buah Irfan Bakti Abu Salim yang memburu kejuaraan dan tiket ke Piala AFC.

Kelantan yang kini dikendali Zahasmi sebaliknya cemerlang dalam beberapa perlawanan dan terbaru, menewaskan Perak 1-0 di Kota Bharu, Sabtu lalu.

“Kami turut berpeluang menewaskan LionsXII namun bermain di padang rumput tiruan memberikan kesukaran. Ia diperlu ditebus malam esok (malam ini) dengan meraih kemenangan,” katanya.

Farizal berharap pertahanan FELDA United mampu mengekang penyerang Kelantan yang dilihat berbisa selepas dilatih Zahasmi.

“Mungkin ada perubahan dalam aspek taktikal. Jentera serangan mereka dilihat lebih mantap,” katanya. – hmetro

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.