FGV Jangka Selesaikan Urusan Wajar Berkaitan EHP Akhir Ogos

KUALA LUMPUR – Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) berharap untuk menyelesaikan segala urusan wajar berkaitan pengambilalihan 37 peratus kepentingan dalam PT Eagle High Plantations (EHP) menjelang akhir bulan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah berkata setakat ini kumpulan itu telah menyelesaikan 75 peratus daripada urusan yang wajar untuk pengambilalihan tersebut.

fgv-eagle

“Masih ada sedikit lagi untuk diselesaikan. Selepas selesai kami akan mengadakan perbincangan dalaman dan melalui proses biasa dengan jemaah lembaga kami serta perkara-perkara lain,” katanya kepada pemberita selepas penyerahan ‘Buku Laporan Lawatan ke PT Eagle High Plantations, Indonesia’ kepada wakil-wakil pekebun kecil.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.

Pada Jun lalu FGV mengumumkan ia memeterai perjanjian induk dengan Rajawali Group untuk membeli kepentingan dalam EHP pada harga US$680 juta dalam bentuk tunai dan saham.

Ini akan menyaksikan Rajawali Group memiliki 2.6 peratus daripada asas saham FGV yang diperbesarkan. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.