GWGF Komited Bersama FELDA Dan PM Bagi Hadapi PRU-14

SHAH ALAM – Presiden GWGF dan Pengerusi Kluster Ekonomi & Keusahawanan GAPROF, Tan Sri Rozali Ismail menyambut baik saranan yang disampaikan oleh Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia bagi memastikan kejayaan dan sokongan daripada seluruh Tanah Rancangan FELDA pada pilihanraya umum ke 14 akan datang terus ditingkatkan.

Ini adalah berdasarkan ucapan Perdana Menteri pada majlis Salam Perantau Warga FELDA yang diadakan di Dewan Sri Endon, Putrajaya semalam.

Bagi membalas jasa FELDA dan kerajaan yang telah menubuhkan FELDA sejak 50 tahun dahulu, Tan Sri Rozali Ismail bersama 14 persatuan gabungan serta seluruh jentera GWGF akan memulakan gerak kerja asas dalam menangkis semua serangan dan fitnah untuk memecah belahkan generasi FELDA dan kerajaan Malaysia.

“Penubuhan dan kemajuan FELDA yang dinikmati kini, adalah atas idea Allmarhum Tun Abdul Razak, Mantan Perdana Menteri Malaysia yang juga telah melahirkan ramai Generasi Baru FELDA yang berjaya dalam pelbagai bidang,” ujar Rozali.

“Kecemerlangan ini diteruskan oleh anakanda beliau Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang juga terlibat secara langsung dalam kejayaan FELDA di bawah pentadbiran beliau untuk melihat FELDA terus maju dan cemerlang demi kecemerlangan Generasi Baru FELDA seterusnya,” katanya.

DSC_0569

Menurut anak kelahiran FELDA Gedangsa, Rozali Ismail, dalam memastikan kemajuan generasi kedua dan ketiga FELDA mendapat manfaat yang berterusan, beliau akan sentiasa mengerakkan program-program dan aktiviti-aktiviti secara berterusan untuk golongan sasar ini supaya mereka mendapat pendedahan sewajarnya khusus dalam peningkatan ekonomi.

Rozali turut mengingatkan FELDA dan seluruh anak syarikat untuk memberikan peluang pekerjaan dan kerja-kerja yang bersesuaian terutamanya kepada Generasi Baru FELDA yang berkelayakan.

Bagi memastikan semua perkara yang dinyatakan mendapat persetujuan FELDA dan anak-anak syarikat, Rozali menyatakan bahawa akan mengadakan perbincangan khusus bersama Dato’ Hanapi Suhada, Pengarah Besar FELDA dan Naib Presiden dan Ketua Kluster TLMO FGV, Dato’ Khairil Anuar Aziz dalam masa yang terdekat.

Inisiatif yang diambil oleh Rozali Ismail ini adalah untuk melihat Generasi Baru FELDA mendapat manfaat daripada pembangunan FELDA dan seterusnya membangunkan FELDA secara berterusan sebagai mencerminkan imej negara.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.