Kembalikan Kerelevanan Organisasi Belia – Khairy

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin meminta organisasi belia supaya mengembalikan semula kerelevanan mereka dalam melahirkan pemimpin tertinggi negara.

Beliau juga mengingatkan para belia untuk mengukuhkan nilai-nilai seperti kejujuran, integriti dan berani menyuarakan pandangan untuk menjadi pemimpin yang dihormati.

20150807_212506

“Kalau kita berpegang kepada prinsip ‘cakap benar walaupun pahit’ untuk jangka masa panjang orang akan menghormati kita,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) Majlis Belia Malaysia (MBM) kali ke-64 di sini, Jumaat.

Dalam pada itu, katanya pelaksanaan had umur belia daripada 15 hingga 30 tahun pada 2018 turut memerlukan organisasi membuat rancangan untuk mencari pelapis yang lebih berkepimpinan.

20150807_211100

“Perubahan had umur ini sebenarnya menuntut kita supaya melakukan pelbagai perubahan seperti dalam usaha mendekati belia terutama yang tidak berpersatuan ataupun perubahan bentuk dan jenis program supaya kita tidak hanya ‘syok sendiri’ serta hanya mendapat penyertaan dan sokongan palsu daripada mereka.

“Rancangan untuk bekas pemimpin belia juga harus dirancang contohnya dijadikan penasihat untuk organisasi,” kata Khairy.

Sementara itu, beliau mahu persatuan belia meningkatkan penyertaan anggota kepada 50 peratus menjelang 2018 berbanding hanya 20 hingga 30 peratus sekarang. – BERNAMA

20150807_211514

20150807_212112

20150807_212309

20150807_212425

20150807_212453

20150807_212533

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.